LBRY Block Explorer

LBRY Claims • pengaktifan-terakhir-zaman-akuarius

0acc054dcc95c6a3c5ad29d7623fd946350febf7

Published By
Created On
4 Apr 2023 01:31:02 UTC
Transaction ID
Cost
Safe for Work
Free
Yes
PENGAKTIFAN TERAKHIR ZAMAN AKUARIUS - Malay promotional video
Pengaktifan ini membantu Daya Cahaya untuk menggerakkan tenaga Cahaya pada permukaan planet untuk menstabilkan garis masa yang akan menuju ke Zaman Akuarius yang telah lama dinanti-nantikan. Bilangan orang yang menjalankan pengaktifan ini adalah faktor tunggal yang paling berpengaruh dalam kekuatan populasi manusia permukaan untuk mempercepat prosesnya.

Tujuan keseluruhan stargate garis masa Zaman Akuarius 2020 adalah untuk menstabilkan garis masa positif Zaman Aquarius untuk planet ini. Sepanjang tahun 2020, daya gelap telah berusaha sekuat-kuatnya untuk mengelakkan garis masa Ascension yang positif terjelma. Sekarang ialah peluang kita bersama-sama untuk memastikan garis masa Ascension yang positif berlabuh, dijamin dan stabil selama-lamanya, dan memastikan bahawa proses pembebasan planet yang seterusnya berlaku dengan lancar dan pantas.

Konjungsi hebat antara Jupiter dan Zuhul pada 21 Disember adalah konjungsi hebat yang pertama di Akuarius sejak tahun 1405, dan ia berlaku tepat pada hari solstis musim sejuk. Inilah saat di mana tenaga pertama dari Zaman Akuarius yang dinanti-nantikan akhirnya akan mula mengalir masuk ke bumi kita:

https://www.astrotheme.com/Jupiter-Saturn-and-Aquarius.php

http://greatbear.mcn.org/aquar.htm

Musytari dan Zuhul pada 0 darjah 29 minit Akuarius akan membuat trine besar-besaran yang tepat dengan Alcyone (matahari sentral tempatan kita di Pleiades) pada 0 darjah 17 minit galaksi Gemini, dan M87 (galaksi utama dalam kelompok Virgo, sebagai sumber cinta galaksi untuk sektor alam semesta ini) pada 1 darjah 13 minit Libra. Trine besar-besaran ini akan membawa tenaga cinta kosmik yang sangat kuat ke planet ini dan ini akan menjadi pencetus yang akan memulakan kitaran baharu Zaman Akuarius. Kilatan tenaga cinta kosmik akan berasal dari galaksi M87 di Virgo supercluster dan ia akan jauh lebih kuat daripada kilat yang sampai ke Bumi dari M87 semasa pengaktifan portal AION:

http://2012portal.blogspot.com/2013/11/intel-update-before-aion-portal.html

Anda boleh memeriksa waktu meditasi untuk zon waktu anda di sini:

https://www.timeanddate.com/worldclock/fixedtime.html?msg=AGE+OF+AQUARIUS&iso=20201221T1922&p1=195

Arahan (Masa yang dicadangkan untuk meditasi/tafakur ialah 20 minit.):

1. Guna teknik anda sendiri untuk membawa anda ke tahap kesedaran yang santai.

2. Nyatakan niat anda untuk mengguna meditasi ini sebagai alat untuk membentuk pencetus bersama yang akan memulakan Zaman Akuarius.

3. Mohon lidah api ungu (Violet Flame) dari sumber utamanya untuk membentuk lingkaran perlindungan di sekeliling anda semasa dan selepas meditasi. Minta lidah api ungu untuk transform segala yang tidak berkhidmat untuk cahaya.

4. Bayangkan sebatang tiang Cahaya putih yang terang terpancar dari Matahari Kosmic Sentral, kemudian disebar ke Matahari Sentral semua galaksi di alam semesta ini. Kemudian bayangkan cahaya ini mengalir melalui galaksi M87 dan kemudian memasuki Matahari Galactic Sentral, kemudian melalui Galaksi kita, kemudian memasuki Sistem Suria kita dan melalui semua makhluk Cahaya di dalam Sistem Suria kita, kemudian melalui ruang sublunar dan kemudian melalui semua makhluk di planet Bumi dan juga melalui badan anda ke pusat Bumi.

5. Bayangkan Cahaya ini transform segala kegelapan yang tersisa di Bumi, menyembuhkan semua ketidaksamaan, menghapuskan semua kemiskinan dan membawa kemewahan bagi seluruh umat manusia. Bayangkan Cahaya Dewi yang berwarna merah jambu lembut merangkul semua makhluk di planet Bumi dan menyembuhkan badan emosi mereka. Bayangkan kitaran besar kosmik baharu Zaman Akuarius, membawa Cahaya Suci, Cinta dan Kebahagiaan yang murni kepada semua makhluk di Bumi. Bayangkan kehidupan anda yang sempurna dalam Zaman Akuarius yang baharu.



Kemaskini mengenai Zaman Akuarius:

http://2012portal.blogspot.com


All the credits for this promo video can be found here:
https://we.tl/t-D7lKzovB7r
...
https://www.youtube.com/watch?v=C5GqAMca008
Author
Content Type
Unspecified
video/mp4
Language
Open in LBRY

More from the publisher

Controlling
VIDEO
Controlling
VIDEO
GLOBA
Controlling
VIDEO
MEDIT
VIDEO
Controlling
VIDEO
Δι
Controlling
VIDEO
Ме
Controlling
VIDEO
MEDIT
Controlling
VIDEO
SKYDD
Controlling
VIDEO
MEDIT